Nabi Zakaria, ayahnya  Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota  keluarganya,  saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya  adalah  orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar   hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa  keagamaan mereka  belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga  dengan mudah mereka tergoda  dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran  dan kemaksiatan. Ia khuatir bila  ajalnya tiba dan meninggalkan mereka  tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan  pimpinannya atas kaumnya,  bahawa mereka akan makin rusak dan makin berani  melakukan kejahatan dan  kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan   perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan  hukum-hukum  agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran  Zakaria disamping rasa  sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga  mencapai usia sembilan puluh tahun,  Tuhan belum mengurniakannya dengan  seorang anak yang ia idam-idamkan untuk  menjadi penggantinya memimpin  dan mengimami Bani Isra'il. Ia agak terhibur dari  rasa sedih dan  kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam  yang  dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa  sedihnya  dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah  kembali ketika ia  menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya  Maryam. Ia berfikir didalam  hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil  di dalam kekuasaan Allah. Allah yang  telah memberi rezeki kepada Maryam  dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan  berusaha, Dia pula  berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun  usianya sudah  lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam  yang  sudah larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan   fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan  khusyuk dan  keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut  berucaplah ia dalam doanya:  "Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera  yang akan mewarisiku dan mewarisi  sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang  akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku  kepada Bani Isra'il. Aku  khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota  keluargaku akan  rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa  seorang  pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi   lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang  perempuan  yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan  dan aku tidak  jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu  mengurniai kau seorang putera  yang soleh yang engkau redhai."
Allah  berfirman memperkenankan permohonan  Zakaria: "Hai Zakaria Kami memberi  khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh  seorang putera bernama  Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah  menjadi pemimpin  yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan  serta  akan menjadi seorang nabi."
Berkata Zakaria: "Ya Tuhanku bagaimana  aku  akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan  yang mandul dan  aku sendiri sudah lanjut usianya."
Allah  menjawab dengan firman-Nya:  "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah  bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan  engkau padahal engkau di waktu itu  belum ada sama sekali?"
Berkata Zakaria:  "Ya Tuhanku, berilah aku  akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung."  Allah berfirman:  "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan  manusia  selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah   nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi   hari."
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh  Al-Quran  kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih  kanak-kanak dan bahawa  ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora  ng tuanya dan bukanlah orang  yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik  pandai, berfikiran tajam sejak ia  berusia muda, sangat tekun beribadah  yang dilakukan siang dan malam sehingga  berpengaruh kepada kesihatan  badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya  pucat dan matanya  cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim  menguasai  soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat   bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam  mengambil  sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula  menghiraukan ancaman  pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran  dan melawan kebathilan.
Ia  selalu menganjurkan orang-orang yang  telah berdosa agar bertaubat dari dosanya.  Dan sebagai tanda taubatnya  mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai  Jordan, kebiasaan mana  hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan  kerana Nabi  Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia   dijuluki "Yahya Pembaptis".
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa  Palestin  pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama  Hirodia, seorang gadis  yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping  dan berhasrat ingin mengahwininya.  Sang gadis berserta ibunya dan  seluruh anggota keluarga menyentujui rencan  perkahwinan itu, namun Nabi  Yahya menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa  perkahwinan itu tidak  boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa  yang  mengharamkan seorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita   rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang  melarangnya  tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan  orang di segala tempat  di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik  calon isteri itu merasa sedih  bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang  telah mengeluarkan fatwa mengharamkan  perkahwinannya dengan bapa  saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi  dan pendapat  dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya   Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan  terpaksa  membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan  diidam-idamkan, bahkan  bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa  pakaian mahupun peralatan yang  perlu untuk pesta perkahwinan yang telah  disepakati itu.
Menghadapi fatwa  Nabi Yahya dan reaksi  masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha  dengan  bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa   saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut  rencana.  Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi  mengunjungi bapa  saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.  Bertanya Herodus kepada  anak saudaranya calon isterinya yang nampak  lebih cantik daripada biasa : "Hai  manisku, apakah yang dapat aku  berbuat untukmu. Katakanlah aku akan patuhi  segala permintaanmu,  kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh  sesuatu hajat  yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah   kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala  keperluan dan  keinginanmu."
Herodia menjawab: "Bila Tuan Raja  berkenan, maka aku hanya  mempunyai satu permintaan yang mendorongku  datang mengunjungi Tuanku pada saat  ini. Permintaanku yang tunggal itu  ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang  telah mengacau rencana kita  dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku  sekeluarga di segala  tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya.  Alangkah puasnya  hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan  meluluskan  permintaanku ini".
Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan   hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi   permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk  kepada  kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan  panggilan akal sihatnya.  Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah  kepala Yahya bin Zakaria berlumuran  darah dan diletakkannya di depan  kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda  gembira dan puas hati bahawa  hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah  terpenuhi dan rintangan  utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah   tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas  dirinya,  diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
Cerita  tentang Zakaria dan  Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran,  surah Maryam ayat 2 sehingga  ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga  ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89  sehingga ayat 90.
